Panduan Tugas

JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID


Tugas              


1. Melibatkan guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada guru besar sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan.
3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.
4. Menimbang , menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru, serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas-pengawas sekolah.
6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka.
7. Mesyuarat
7.1  Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara guru besar.
7.2 Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan membincangakan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang dengan kebajikan pelajar-pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.
7.3 Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan tententu apabila guru besar / Pengerusi berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan.
7.4 Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.